Assalamualaikum, pada 29/12/2011, Ajk Tertinggi lembaga pengawas bagi sessi 2102 telah mengadakan satu mesyuarat agung bersama dengan guru pengawas, Cik Julaila Ariffin. Tujuan mesyuarat agung ini diadakan adalah untuk berbincang mengenai aktiviti atau tugas yang akan dilakukan oleh para pengawas pada tahun 2012 nanti. Ahli lembaga pengawas juga telah melantik Ajk-Ajk tertinggi yang baru untuk tahun 2012. Tahniah diucapkan kepada Pn. Saidatul Emy, Pn. Sabariah Md Kassim dan En. Khuzil kerana telah dilantik menjadi guru pengawas bagi sessi 2012.
# Diharapkan agar para pengawas dapat menjalankan tugas masing masing dengan lebih cekap dan berkesan pada tahun 2012 nanti. Kerjasama anda semua amat diharapkan. :)
Jumaat, 30 Disember 2011
Isnin, 3 Oktober 2011
Kem Waja Diri Lembaga Pengawas
Assalamualaikum..Pada 17 September yang lalu, seramai 43 orang pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor telah terlibat dalam satu kem yang dinamakan Kem Waja Diri..Kem ini telah diadakan di Eagle Nest, Ulu Yam Bharu..Kem ini berlangsung selama 1 hari sahaja iaitu dari jam 9.00 pg hingga jam 4.30 ptg..Pelbagai aktiviti lasak telah dijalankan untuk membentuk jati diri dalam kalangan pengawas sekolah seperti river tracking, jungle tracking dan banyak lagi..
Gambar2 di atas adalah sebahagian daripada kenangan sepanjang kem berlangsung..sekiannn.. :)
warm up dluuu.. :) |
river tracking ! sejuukkk.. :D |
guru pengawas :- Cik Julaila bersama fasilitator |
Gambar2 di atas adalah sebahagian daripada kenangan sepanjang kem berlangsung..sekiannn.. :)
Rabu, 6 Julai 2011
Selasa, 5 Julai 2011
Pengawas Percubaan
Assalamualaikum. Baru-baru ini Pengawas SMK Syed Mashor telah mengadakan satu perjumpaan pengawas. Majlis ini diadakan untuk semua pengawas percubaan. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah pengenalan tugas bagi setiap ketua biro, pengenalan ketua pengawas, penolong pengawas, ketua biro kantin, ketua biro perhimpunan, permainan yang menguji minda dan lain-lain lagi.
Ahad, 19 Jun 2011
Peraturan Pengawas SMKSM
Pakaian dan kekemasan
- Seorang pengawas perlu sentiasa berpakaian kemas dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
- Pakaian rasmi pengawas ialah :
- Lelaki berkemeja lengan panjang berwarna biru dengan seluar panjang bewarna biru gelap serta bertali leher berwarna merah dan memakai tali pinggang seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
- Perempuan berbaju kurung berwarna biru muda dan berkain biru gelap dan bertudung biru muda bagi yang beragama Islam manakala bagi yang bukan beragama Islam pula berkemeja berwarna biru muda dan berkain paras lutut berwarna biru gelap serta bertali leher berwarna merah.
- Bagi pengawas tingkatan enam pula perlu memakai seluar berwarna hitam bagi pengawas lelaki dan berkain hitam bagi pengawas perempuan.
- Semua AJK Tertinggi pengawas diminta untuk memakai kot sewaktu perhimpunan rasmi pada hari Isnin.
- Pengawas sekolah perlu memakai kasut berwarna hitam dan berstoking hitam.
- Pengawas adalah dilarang sama sekali untuk memakai pakaian sekolah berwarna putih pada hari persekolahan.
- Pengawas sekolah adalah dibenarkan untuk memakai pakaian seragam unit kokorikulum masing – masing pada setiap hari Rabu.
- Pengawas adalah dilarang sama sekali menyimpan kuku panjang, berambut panjang bagi lelaki, mewarnakan rambut dan memakai sebarang aksesori seperti cincin, gelang dan sebagainya.
Disiplin
- Semua pengawas mesti mengikuti setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
- Pengawas dikehendaki untuk hadir ke sekolah 15 minit sebelum perhimpunan bermula.
- Adalah dilarang sama sekali bagi seorang pengawas untuk membawa telefon bimbit mereka ke sekolah.
- Pengawas tidak dibenarkan untuk berada berdua – duaan dan berada dalam keadaan yang mencurigakan antara lelaki dan perempuan di kawasan – kawasan sekolah pada bila – bila masa sahaja.
- Pengawas – pengawas sekolah perlu sentiasa menghormati antara satu sama lain terutamanya pengawas yang lebih muda perlu sentiasa menghormati pengawas yang lebih tua.
- Pengawas juga perlu menghormati para guru di sekolah dan memberi bantuan apabila diperlukan.
- Pengawas juga perlu memastikan kehadiran mereka ke sekolah adalah memuaskan dan tidak dibenarkan pengawas tidak hadir ke sekolah secara berturut – turut kecuali bersebab.
- Setiap pengawas perlu menjaga adab antara satu sama lain terutamanya ketika sedang menjalankan tugas sebagai seorang pengawas.
- Para pengawas sekolah mesti menjankan setiap tugas yang telah diberikan.
- Para pengawas akan keluar rehat 10 minit lebih awal daripada masa rehat pelajar lain.
- Para pengawas hendaklah menjalankan tugas sewaktu masa rehat di tempat – tempat yang telah ditetapkan.
- Tempat – tempat tugasan setiap pengawas akan diberikan oleh setiap ketua yang telah dilantik.
- Setiap pengawas adalah dimestikan untuk sentiasa membawa buku nota bersama untuk mencatat kesalahan – kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.
- Pengawas mestilah sentiasa menjaga disiplin mereka tidak kira di dalam atau di luar sekolah.
- Pengawas perlu berada di dalam dewan sewaktu perhimpunan rasmi pada hari Isnin dijalankan.
- Pengawas yang melakukan sebarang kesalahan akan diberikan surat amaran pertama yang berwarna kuning dan akan berjumpa dengan Ketua dan Timbalan Pengawas yang akan dilakukan selepas pengawas tersebut menerima surat kuning.
Sabtu, 18 Jun 2011
IKRAR PENGAWAS
IKRAR PENGAWAS
“ Bahawanya kami pengawas – pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor, Batang Kali, berikrar akan :
i. Menjalankan tugas sebagai pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor dengan penuh tanggungjawab, amanah dan dedikasi.
ii. Sentiasa mematuhi peraturan agama dan Negara tatasusila sebagai seorang pengawas serta menjadi contoh teladan kepada semua pelajar.
iii. Menghormati ibubapa, guru – guru, orang yang lebih tua dan rakan – rakan.
iv. Mengutamakan tugas tanpa mengabaikan pelajaran, demi merealisasikan cita – cita ibubapa, sekolah dan negara.
Jumaat, 13 Mei 2011
Motto, Visi Dan Misi Sekolah
motto
Smart & Smooth
Visi
Melahirkan pengawas sekolah yang berketerampilan, berdisiplin tinggi dan menjadi contoh kepada pelajar.
Smart & Smooth
Visi
Melahirkan pengawas sekolah yang berketerampilan, berdisiplin tinggi dan menjadi contoh kepada pelajar.
Misi
Sebagai wadah memberikan perkhidmatan pendidikan terbaik untuk pembentukan insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu dan kesempurnaan sahsiah.
Sejarah SMK Syed Mashor
Sekolah Menengah Syed Mashor,Batang Kali telah diisytiharkan pada 5 Nov 1980. Nama asal sekolah ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Ing) Batang Kali. Sekolah ini telah dibuka pada 5 Januari 1970 dan dirasmikan pada September 1971 oleh Ketua Pengarah Pendidikan,Yang Mulia Tan Sri Sheikh Hamdan bin Tahir. Sekolah Menengah Syed Mashor mendapat nama sempena seorang tokoh sejarah yang terkemuka iaitu Syed Mashor. Beliau adalah seorang pengembara Arab dari Pontian, Kalimantan dan pernah dilantik sebagai Ketua Kampung di Kerling. Pihak PIBG telah sebulat suara bersetuju mengambil nama sempena nama tokoh ini untuk diabadikan di sekolah ini.
Langgan:
Catatan (Atom)