Ahad, 19 Jun 2011

Peraturan Pengawas SMKSM

 Pakaian dan kekemasan
  1. Seorang pengawas perlu sentiasa berpakaian kemas dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
  2. Pakaian rasmi pengawas ialah :
    • Lelaki berkemeja lengan panjang berwarna biru dengan seluar panjang bewarna biru gelap serta bertali leher berwarna merah dan memakai tali pinggang seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
    • Perempuan berbaju kurung berwarna biru muda dan berkain biru gelap dan bertudung biru muda bagi yang beragama Islam manakala bagi yang bukan beragama Islam pula berkemeja berwarna biru muda dan berkain paras lutut berwarna biru gelap serta bertali leher berwarna merah.
    • Bagi pengawas tingkatan enam pula perlu memakai seluar berwarna hitam bagi pengawas lelaki dan berkain hitam bagi pengawas perempuan.
  3. Semua AJK Tertinggi pengawas diminta untuk memakai kot sewaktu perhimpunan rasmi pada hari Isnin.
  4. Pengawas sekolah perlu memakai kasut berwarna hitam dan berstoking hitam.
  5. Pengawas adalah dilarang sama sekali untuk memakai pakaian sekolah berwarna putih pada hari persekolahan.
  6. Pengawas sekolah adalah dibenarkan untuk memakai pakaian seragam unit kokorikulum masing – masing pada setiap hari Rabu.
  7. Pengawas adalah dilarang sama sekali menyimpan kuku panjang, berambut panjang bagi lelaki, mewarnakan rambut dan memakai sebarang aksesori seperti cincin, gelang dan sebagainya.

Disiplin
  1. Semua pengawas mesti mengikuti setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
  2. Pengawas dikehendaki untuk hadir ke sekolah 15 minit sebelum perhimpunan bermula.
  3. Adalah dilarang sama sekali bagi seorang pengawas untuk membawa telefon bimbit mereka ke sekolah.
  4. Pengawas tidak dibenarkan untuk berada berdua – duaan dan berada dalam keadaan yang mencurigakan antara lelaki dan perempuan di kawasan – kawasan sekolah pada bila – bila masa sahaja.
  5. Pengawas – pengawas sekolah perlu sentiasa menghormati antara satu sama lain terutamanya pengawas yang lebih muda perlu sentiasa menghormati pengawas yang lebih tua.
  6. Pengawas juga perlu menghormati para guru di sekolah dan memberi bantuan apabila diperlukan.
  7. Pengawas juga perlu memastikan kehadiran mereka ke sekolah adalah memuaskan dan tidak dibenarkan pengawas tidak hadir ke sekolah secara berturut – turut kecuali bersebab.
  8. Setiap pengawas perlu menjaga adab antara satu sama lain terutamanya ketika sedang menjalankan tugas sebagai seorang pengawas.
  9. Para pengawas sekolah mesti menjankan setiap tugas yang telah diberikan.
  10. Para pengawas akan keluar rehat 10 minit lebih awal daripada masa rehat pelajar lain.
  11. Para pengawas hendaklah menjalankan tugas sewaktu masa rehat di tempat – tempat yang telah ditetapkan.
  12. Tempat – tempat tugasan setiap pengawas akan diberikan oleh setiap ketua yang telah dilantik.
  13. Setiap pengawas adalah dimestikan untuk sentiasa membawa buku nota bersama untuk mencatat kesalahan – kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.
  14. Pengawas mestilah sentiasa menjaga disiplin mereka tidak kira di dalam atau di luar sekolah.
  15. Pengawas perlu berada di dalam dewan sewaktu perhimpunan rasmi pada hari Isnin dijalankan.
  16. Pengawas yang melakukan sebarang kesalahan akan diberikan surat amaran pertama yang berwarna kuning dan akan berjumpa dengan Ketua dan Timbalan Pengawas yang akan dilakukan selepas pengawas tersebut menerima surat kuning.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan